Monday, June 29, 2009

Salam Ukhwah dari Wakaf Melayu


Assalamualaikum wbh.

Wakaf Melayu.
Mungkin ada yang ingin tahu kenapa 'Wakaf Melayu' dipilih sebagai tajuk atau tema blog ini.

Mudah saja ... wakaf adalah tempat istirehat, berteduh, berbual, berdiskusi, menunggu durian dan sebagainya. Fungsinya nampak hampir sama dengan bangsal tetapi wakaf adalah lebih dari itu.

Ia simbol ketinggian budi, kehalusan seni dan kreativiti bangsa Melayu. Ianya indah di mata dan menenangkan bila berada di atasnya.

Jika dulunya, ia adalah tempat istirehat. Maka pada hari ini,
Wakaf Melayu berperanan sebagai forum yang kondusif untuk berdiskusi, berkongsi maklumat dan pengalaman.

Fokus dan cerita-cerita dalam blog ini akan menyusul kemudian, insyaAllah ... harap dapat bersabar menunggu.


"Gambar kat atas ini adalah wakaf di rumah ... Inilah tempat kami sekeluarga berehat, bersarapan pagi (sekali-sekala) dan berdiskusi bersama teman-teman seperjuangan
"

Sunday, June 28, 2009

Mula Bicara ...

Assalamualaikum wbh.

Selamat datang ke blog wakaf melayu. InsyaAllah, berita lanjut akan menyusul kemudian ... tunggu!!!

Terima kasih kerana sudi berkunjung.

-AaM-