Saturday, November 28, 2009

Silat Melayu - Sekilas Pandang



Assalamualaikum wbh.

Artikel di bawah pada asalnya ditulis untuk blog sahabat, anakwarisnegeri.blogspot.com. Oleh kerana ianya akan keluar secara bersiri dan memang berasal dari idea WM sendiri, insyaAllah ia akan dikongsikan di kedua2 blog ini utk manfaat pembaca2 wakaf melayu. Selamat Membaca ..

Bila Resam Melayu mengajak penulis turun ke gelanggang untuk sama-sama memeriahkan blog ini, memang agak keberatan pada mulanya. Ada banyak alasan yang buleh dijadikan penghalang jika kita mahu. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman yang ada pun tak seberapa berbanding ramai di luar sana yang lebih hebat lagi.

Atas niat sekadar berkongsi secebis pengalaman di sepanjang penulis menelusuri perjalanan dalam alam persilatan khususnya Silat Melayu, maka penulis terimalah pelawaan itu dengan lapang hati. Dengan harapan, semoga adalah sedikit manfaat yang buleh dititip oleh pembaca blog ini (harapnya).

Sekilas pandang, Silat Melayu hanyalah dipandang sebagai warisan berzaman seni budaya bangsa Melayu. Terdapat ratusan jenis atau pelbagai aliran silat wujud di Semenanjung yang membangun dengan identitinya masing-masing. Ada yang telah maju ke depan dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa, ada yang bertaraf kebangsaan, ada yang sekadar di mainkan di kampung-kampung, ada yang eksklusif dan mungkin ada juga yang sudah terkubur atau hidup segan, mati tak mahu.

Walau apapun aliran yang kita bawa, penulis sekadar menyimpulkan makna Silat dalam definasi yang mudah difahami dan berdasarkan kefahaman peribadi sebagai ilmu pertempuran, ilmu peperangan yang memiliki sejarah yang panjang dan pernah berjasa pada bumi pertiwi ini.

Namun begitu, tidaklah pula pengamalnya buleh mendabik dada bangga hingga menimbulkan rasa takkbur lagi sombong kerana mewarisi kehebatan ilmu pahlawan2 Melayu dulu. Ini adalah kerana, falsafah persilatan, disiplin dan ajaran yang terkandung di dalamnya tidak mengajak manusia ke arah begitu, apatah lagi untuk berlaku zalim tanpa sebab.

InsyaAllah, artikel ini bersiri sifatnya. Penulis akan menggunakan nama pena wakaf-melayu atau singkatannya WM selepas ini. WM tidak berminat untuk menceritakan tentang kehebatan teknik, buah, persenjataan, dsb di sini, tetapi apa yang ingin dikongsikan ialah peranan Silat Melayu itu sendiri sebagai satu institusi budaya yang berperanan, praktikal dan relevan dalam konteks pembinaan syakhsiyyah individu hebat dan kebal dalam mendepani cabarang alaf moden hari ini.

Jumpa lagi di lain siri ... WM

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete