

Wakaf Melayu membawa maksud ruang santai yang mesra insan dan alam, malah kondusif untuk berdiskusi. Hujung ceritanya ialah untuk mencapai perkongsian ilmu yang membawa kepada keutuhan ukhwah, kematangan dan ketenangan. Idea yang terakam adalah sekadar setitis tinta dari lautan ilmu Allah yang Maha luas





Salam Ramadhan.

AaM - Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 soleh. Tiada sebarang komen yang ingin saya kemukakan melainkan memuhasabah diri bahawa satu hari nanti diri ini pula akan menyusul.
Allahu Akbar ... siapa sangka dalam usia 40-an, iaitu usia tip-top dlm perjalanan kehidupan, Allah buleh menarik nikmat nyawa ini dengan sekelip mata. Iktibar ini cukup berguna utk kita yang masih bernyawa.
Photo di atas pula sengaja saya snap selepas menemani ayahanda ke pusara bonda yang telah 2 tahun kembali ke Rahmatullah. Hanya kiriman doa yg mampu dikirimkan sbg ingatan ... Ya Allah, kau rahmatilah roh bondaku, amin.
