Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Ucapan Salam Ramadhan ini ditujukan khas buat pengunjung wakafmelayu (WM). Semoga kita sama2 diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik di Ramadhan kali ini.

InsyaAllah, wakafmelayu akan cuba mempertingkatkan kualiti artikel2 yang akan dipersembahkan khusus untuk santapan minda Ramadhan al-Mubarak.

Sebagai renungan, hayatilah bait-bait berikut yang dipetik dari pantun nasihat Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat:


Rata lapang Gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
kita menumpang bumi Tuhan
jangan dibuat sesuka hati

Daun palas ikan kelah
mari diikat dengan tali
niat ikhlas kerana Allah
syirik tidak sekali-kali

Papan tualang mari diukir
buat tongkat si kayu jati
sayang malam hidup berzikir
kuat ibadat sebelum mati

Mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan, jumpa lagi











No comments:

Post a Comment