Friday, August 28, 2009

Tribute untuk adik Darwisy bin Izam Nawi


Salam Ramadhan Al-Kareem.

Alhamdulillah, pejam-celik, tidur-bangun, sedar2 dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Sepanjang 8 hari ni, ruang kotak minda WM masih terlintas apa cerita dengan adik Darwisy, iaitu anak salah seorang sahabat seperjuangan, Izam Nawi dari Bdr Seri Putra.

Melihat gambar comelnya mengingatkannya pada anak WM sendiri. Seringkali WM rasa sebak bila mengingatkan anak ini sebab WM pun punya anak hampir sebaya dengan Darwisy.

Di ruang ini, WM amat bersimpati dengan ujian yang ditanggung oleh adik Darwisy dan ingin mengajak semua pengunjung WM, sahabat2 dan mereka2 yang masih punya sensitiviti untuk turut sama mendoakan kesejahteraan anak ini dan memberi ketabahan kepada sahabat Izam, isteri dan keluarga mengharungi hari-hari yang penuh mendebarkan ini.

Inilah sebahagian dari tanggungjawab persaudaraan dan solidariti kita sesama Muslim. Hari ini, mungkin hari beliau diuji, esok, lusa atau mungkin tulat, tiada siapa boleh menjamin langit sentiasa cerah, atau kita tidak diuji.

Sebagai 'La Tahzan' dan tazkirah untuk WM, sahabat Izam dan semua peminat WM, jom kita ambil pengajaran dari sumber tazkirah terbaik dari Al-Quran:

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang terlah berlaku kepada orang2 yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)." - Al-Baqarah: 214)

Sekian, salam takzim dari WM.

2 comments:

  1. Jazakallah akhi Aidil for the tribute. benar2 terharu bila ada sahabat2 yang turut bersimpati dan menyumbangkan doa dan solat hajat untuk Darwisy. Darwisy masih belum betul2 sihat walaupun kini beliau tidak lagi di ICU HUKM. Doktor2 di HUKM pun tak tahu kuman apa yang menyerang beliau sehingga hari ini. Sesuatu yang jarang2 berlaku dalam dunia perubatan moden dengan peralatan yang canggih. Tapi sesungguhnya kami pasrah dan kami harapkan yang terbaik untuk Darwisy. Sungguh perit ujian ini dan perasaan bercampur baur takut, syukur, sedih dll datang bertubi2. Selagi beliau masih ada kesan infection dan belum benar2 sihat, kami perlukan solidariti sahabat2 untuk terus menerus mendoakan keselamatan beliau. Jazakumullah khair pada semua.. terutama pada blogger WM.

    ReplyDelete
  2. Maksu doakan juga darwish mebali sehat

    ReplyDelete