Tuesday, August 25, 2009

Senaman Tua - Nafas Melayu & Selengan

Salam Ramadhan.

Semua maklum bagaimana nak bernafas. Bayi pun pandai tanpa perlu diajar.

Dalam kelas ST, senaman di selang-seli dengan ambil nafas yang dipanggil 'Nafas Melayu'. Apa specialnya teknik ni sampai dikatakan mampu mencegah pelbagai penyakit zaman moden ni? Ada apa2 jampi, mentera, dsb ke? Jawapannya tak dek, nehi, dak eneng (dlm bahasa jawa) ...

Nak tahu? WM cadangkan kpd yg berminat, untuk memiliki buku Senaman Tua oleh Azlan Ghanie yg diterbit dlm 2 versi, BM & BI. InsyaAllah, tak rugi kalau nak banding antara khazanah ilmu dan duit yang dilaburkan.

Untuk yg nak tahu juga, berikut adalah penerangan ringkas seadanya:

"Nafas Melayu adalah senaman terawal dlm ST dan diambil dari kajian 'kecut perut'. Kecut perut pula adalah pergerakan atau perbuatan luar biasa yg terhasil drpd ketakutan. Ia diambil dengan cara pernafasan normal, melalui hidung dan dilepaskan melalui mulut dgn hujung lidah menyentuh lelangit".

Apa hasilnya? akan dihuraikan di lain masa. Tapi, berdasarkan pengalaman WM sendiri, kesannya mmg 'fantastik', lebih2 lagi utk maintain bertenaga dlm berpuasa. Lebih best lagi ialah bila dapat diganding dengan 'selengan' sebagai alat senaman atau senjata (Lihat pics di atas).

Gambar atas menerangkan 2 batang selengan bersama 2 bilah keris karat (keris sundang & keris panjang) yg sedang 'posing' sebelum dihantar ke tukang untuk proses pembikinan sarungnya. Skrg mungkin nampak mcm besi scrap je, tapi tunggulah hasilnya nanti ... insyaAllah mengancam pencinta seni kayu & besi :-)

bersambung ...

No comments:

Post a Comment