Saturday, August 29, 2009

Pepatah Melayu 1 - ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’




Salam Ramadhan Kareem.

Memang agak kelam-kabut pada mulanya terutama bila terpaksa mengharungi 'traffic jem' di sepanjang MRR2 selepas habis kelas Silat & ST di Setapak pada jam 5 petang. Walaubagaimanapun WM tetap syukur sebab sempat tiba 'just in time' dengan agenda iftar pada petang tu.

Program pada malam tu tetap meriah walaupun dalam persediaan juadah yg sederhana. Yang penting ... kerjasama!! di kalangan anak2 kariah (ni mcm yg selalu wonderpets cakaplah).

Yang ingin WM kongsi bersama bukanlah pasal makanan, tetapi beberapa approach yang menarik hati WM, antaranya:

1. 'Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya'. Yang menarik dan teramat jarang berlaku ialah bila MC mesyuarat diambil dari salah seorang anak didik sahabat WM di hadapan audien dewasa. Anak ini dengan yakin menutur kata di hadapan pakcik2, makcik2, abang dan kakak yang jauh lebih tua dari beliau.

Bukan mudah nak jadi MC majlis kalau tak dilatih & dijelmakan kemampuan yang terpendam. Ternyata, anak ini mampu melakukannya dan anak yang masih 'rebung' sebenarnya lebih mudah dibentuk sesuai dengan kecemerlangan yang diidam-idamkan.

2. Penggunaan multimedia sebagai flashback aktiviti2 yang telah dilakukan... Pada pendapat WM, buleh tahan aktif surau ni ... tak padan dengan saiznya. Apa2 pun, WM ucapkan tahniah kpd AJK surau yang kreatif dengan pembaharuan2 seperti ini dan program2 kemasyarakatannya yang tersusun rapi. Maka, sesuailah dengan tema yang cuba di bawa, iaitu 'Islam memimpin perubahan'

Pepatah orang tua2 Melayu dulu memang sarat dengan pengajaran. Atas inspirasi ini jugalah, pihak JK PKM memasukkan aktiviti usrah remaja, Silat Melayu & Senaman Tua (ST) dan Smart Soccer sbg sebahagian dari aktiviti2 kelab 'KawanDidik'.

WM selaku antara yang turut sama berpeluh bersama anak2 ini, juga ingin menjernihkan persepsi negatif yang kadang2 masih bersarang dlm minda sebahagian masyarakat Melayu sendiri seperti Silat Melayu tak de classlah, takut budak2 nanti jadi 'gedebe'lah, jadi tak betul, gila ism, takut kebatinan yg bercanggah dengan Islam, dsb.

WM yakin, dengan tradisi disiplin, falsafah, adat dan adab yang selari dengan Islam & kefahaman sebenar dan jelas tentang matlamat berSilat, insyaAllah Silat mampu membina jatidiri, keyakinan fizikal/spiritual/emotional anak2 ini sebagai pewaris perjuangan yang mampu mengharungi sebarang cabaran yang mendatang dengan tenang.

Itulah harapan WM dan juga ramai ibubapa sebenarnya ... Renung2kanlah pics yg WM sertakan. Anak2 ini lahir sesuci kain putih, KITAlah yang bertanggungjawab mencanaikannya utk si anak ni menjadi apa kesudahannya.

Sekian, jumpa lagi


No comments:

Post a Comment