Wednesday, August 26, 2009

iMac Yang Banyak Berjasa

Salam Ramadhan lagi.

Masa WM menaip, jam dah pun menunjukkan pukul 11:42 malam.

Lepas habis solat tarawih tadi, sempat singgah di kedai shbt Jalil (tokey Hijrah Mart) untuk menyerahkan pesanan 'selengan' beliau. Terima kasih kpd beberapa sahabat yang sudi berurusan jual-beli 'selengan' dengan WM. Semoga ianya bermanfaat untuk sahabat2 semua terutama dalam keadaan terdesak.

Sekarang, dah di depan 'my iMac' pulak. Kalau nak tahu, inilah iMac yang telah banyak berjasa dalam pembikinan beberapa siri projek movie yang WM sempat buat. Lokasinya ialah di dalam mini library yang didesign khas untuk memudahkan membuat rujukan.

Photo ni diambil sewaktu pembikinan multimedia untuk persembahan Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia bersempena program 'Gema Merdeka 2008' yang lalu. Semua editing dibuat dalam software Apple Motion 3.

Oklah, mata pun dah kecik ni ... video2 yang perlu diedit masih berderet lagi, terutama video2 persilatan, aktiviti PASTI, dll. Ntah bila nak siapnya lah ... Anyway, selamat bersahur kpd semua pengunjung WM yang berAgama Islam. Jangan lupa, iringkan doa untuk kesejahteraan sedara2 seAgama kita di seluruh dunia ... jangan doa untuk diri sendiri je sudah lah, tu kedekut namanya :-)

No comments:

Post a Comment