Friday, August 28, 2009

Cerita SMS berantai & Senam Poco2


Di sepanjang Ramadhan tahun ni, belum berlaku sesuatu yang mengejutkan, selain dari SMS kematian seorang tokoh ilmuan tersohor, Ustaz Ismail Kamus yg tersebar beritanya melalui kiriman SMS.

Terkejut badak WM bila mula-mula menerima berita ni. Mengambil pengajaran yang lalu, WM tak terus forward kpd kawan2 yang lain melainkan utk mengsahkan dulu berita ini. Tak pelik kalau SMS ni cepat tersebar sebab memang ramai yang sayang dan menyanjung ketokohan ilmuan ini.

Akhirnya seperti yang semua maklum, dan telah disahkan pun dalam HarakahDaily contohnya, (sila rujuk kepada Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah), Alhamdulillah keadaan menjadi kembali tenang.

Pengajarannya? Check dulu sebelum bertindak ... :-)

Jadi, apa pula kaitannya dengan Senaman poco2 pulak? Sama kisahnya, WM pun ada menerima email yang mendedahkan asal-usul poco2 sebagai tarian yang berkaitan dengan ritual Agama lain dan secara tanpa sedar buleh membawa kepada syirik jika diamalkan.

Sekali lagi, kena check dulu sebelum sebarkan ... konsep ini WM ambil dari salah satu HSE motto kompeni, iaitu 'Dah Check'. InsyaAllah, WM sedia untuk berkongsi maklumat tentang konsep ini di lain ruang.

WM tak punya otoriti untuk mengiya atau menidakkan kesahihan cerita ini. Mungkin pihak yang menyebarkannya, memang ikhlas untuk menyelamatkan Aqidah ummah tetapi WM masih menganggap ianya sebagai 'info to be noted until it is proven or otherwise'.

WM sebenarnya lebih memilih untuk melihat isu ni dari perspektif asal-usul, salur-galur atau sejarah kemunculan setiap satu senaman yang ada di dunia. Setakat saat ini, walaupun di luar sana, ramai yang teruja dengan senamrobik, poco2, line dancing dan entah apa2 lagilah, WM masih memilih senaman tradisi melayu khususnya Senaman Tua (ST) sebagai senaman rutin bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan optimum.

Setakat kajian WM, insyaAllah asal-usul dan salur-galur ST adalah jelas. Dan ia memang serasi dgn WM untuk tidak memilih jalan yang ada keraguan terutama yang berkaitan dengan Aqidah Islam.

Adalah lagi justifikasi WM yang insyaAllah akan dikupas di lain masa (Antaranya, ST juga ada rahsia bela diri - refer pics di atas. Rakaman ini diambil selepas kami menjalani kursus senjata kerambit).


No comments:

Post a Comment