Tuesday, August 25, 2009

Silat Melayu - Bila Orang Luar Pula Yang Minat Hak Kita?















Assalamualaikum wbh.

Kalau cerita pasal nasib Silat Melayu di bumi tanahairnya sendiri, WM nampak penonjolan Silat Melayu masih belum mencapai tahap yang sebenarnya. Adalah majalah SB ... "the only one survive in the masses of entertainment media". Dalam hal ni, WM mmg tabik hormat dgn ketabahan Guru Azlan yang tak jemu2 dengan majalah SBnya.

Yang selalu terjadi, Silat Melayu dipandang sebelah mata je ... Apa
barang nak bersilat2? Zaman moden ni orang pakai pistol ba!!

Bila terdengar pandangan sebegini, WM senyum je lah. WM ambik pesan guru, terang secara mudah. Kalau hujjah kita nak diterima, Alhamdulillah. Kalau masih negatif, tak de kuasalah kita nak paksa pulak.

Walau atas alasan apa pun, samada memang mereka pun punya pistol yang sama macam penjahat tu, atau mungkin sekadar 'plain ignorant', WM ada jawapan tersendiri kepada persoalan di atas. Ia kupasan dari perspektif engineers. Buat masa ni, WM simpan dululah untuk modal kupasan di artikel akan datang.

Sebagai penangguh bicara, aci renung2 gambar2 yg dipaparkan ... orang2 putih dah mula 'appreciate' seni budaya kita, tapi yang kita ni pulak tak de 'feel' yang ianya adalah satu khazanah warisan yang cukup berharga, fikir2kanlah. Opps, sedikit penerangan untuk pics ni ... Snapshot ni diambil dari 2 peristiwa yang berlainan, 1. photo peserta2 Perancis dan UK dalam Kursus Latihan Intensif Antarabangsa Silat Melayu, Senaman Tua dan Adat Melayu 2009 di Cherating pd 8 Julai yang lalu, 2. Photo masa lepas demo program Pahlawan Melaka, Seni & Inspirasi, di Dataran Pahlawan, Melaka pd 1 Ogos 09



No comments:

Post a Comment