Sunday, August 23, 2009

Kembara Ramadan 1


Salam Ramadhan Kareem,

1 Ramadhan
1st tarawih di Surau Al-Muhajirin Bdr Bukit Mahkota memang best. Selain tarawih yg diimamkan oleh hafiz jemputan, yang paling best ialah slot tazkirah oleh YB Ustaz Nasarudin Mat Isa (MP Bachok/Timb Presiden PAS).

Salah satu peringatan yang menyentuh hati ialah bila disebut, menuntut ilmu sepatutnya menjadi keutamaan dlm Ramadhan berbanding ibadah2 yg sunat.

WM no komen dalam hal ini dan memang setuju sbb tanpa ilmu, ibadah yang dibuat buleh jadi sia2 belaka.

Agenda pertama pada siang 1 Ramadhan ialah untuk berkunjung ke Wisma Yakin. Ape lagi? Cari baju raya untuk anak2 ... dan alhamdulillah jumpa yang berkenan dihati.

Lebih kurang pukul 3:30ptg, singgah pula ke pejabat SB untuk menyerahkan 2 bilah keris (anak alang & lok 7) untuk dibuat sarungnya. Mcm biasa, lepas jumpa cikgu Azlan, akhir sekali sangkut situ sampai pukul 5:00ptg.

Tapi berbaloi dengan ilmu/petua yang disampaikan. Kali ni, WM ajak anak join sekali. Pelajaran yang cikgu sampaikan kira senaman ringan2 je, tapi lebih diberi tumpuan kepada permainan senjata terutamanya 'selengan'. WM tak terkata apa, mmg best permainan selengan nih. Terima kasih cikgu Lan!

Petang tu mmg semua keletihan termasuklah anak2 WM yg semuanya berpuasa kecuali yg kecik sekali. Tahniah kpd mereka ... bak kata org tua2, 'melentur buluh, biarlah dari rebung'. Secara praktikalnya, WM dah mula ajar anak2 menanam pokok ubi. Bukan ape ... paling kurang, mereka kenal apa itu ubi.

OK, WM sambung lagi celoteh di lain masa.


No comments:

Post a Comment